Tabahlah Hasif, ummi dan abi telah berbahagia di syurga

http://www.pas.org.my/ | .

Dalam kesibukan jadual harian yang padat, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Salleh telah dapat meluangkan masa hampir setengah jam untuk menziarahi Adik Hasif yang baru sahaja kehilangan ahli keluarganya dalam kejadian lemas di Terengganu.

Turut serta ialah Puan Kartini Ahmad, Setiausaha DMPM, Puan Norhafiza Fadhil dan Saudari Mardhiah Hayati Zolkeplai, Penolong-Penolong Setiausaha DMPM, Ustazah Tahirah Ahmad, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, YB Dr Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang, Saudara Khidir mewakili NGO Muslim Care, Dr Adawiyah daripada Nusaibah serta pimpinan Muslimat dan Anggota Amal Kawasan.

Mereka yang hadir, turut berasa terharu apabila mendengar ibu saudara Hasif bercerita sepintas lalu bagaimana peristiwa tersebut berlaku di depan mata anak saudaranya itu.

Ibu saudara Hasif telah menyuarakan berkenaan hasrat allahyarham ayah Hasif yang sangat berhajat untuk melihat anaknya menjadi seorang jurutera hafiz yang berjaya.

Ustazah Nuridah sempat bertanya khabar kepada Adik Hasif sambil memberikan kata-kata perangsang supaya menjadi anak yang soleh di samping berjaya dalam bidang pelajaran.

Sebelum berlalu pergi, Ustazah Nuridah telah menyampaikan sumbangan kepada Adik Hasif sebagai tanda ingatan daripada pihak DMPM.

Share on Myspace