Guru 8 kerja 1 gaji, menteri 3 kerja 3 gaji

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Waktu para guru mengeluh kerja banyak dan dihimpit kenaikan kos sara hidup, ada menteri menyarankan mereka mengambil #2kerja.

Mengikut konsep Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan, guru sudahpun bekerja #8kerja sebenarnya...  Mengajar, menyemak, menyediakan kertas soalan periksa, bermesyuarat, menjadi guru kaunseling, menjadi penasihat kelab dan persatuan, menjadi guru disiplin dan memasukkan data ke sistem PBS.

Bezanya #8kerja mereka hanya dibayar satu gaji. Mereka tidak senasib baik Pak Timbalan Menteri yang mungkin dapat #3gaji untuk #3kerja - ahli parlimen,  menteri dan ketua penerangan Umno - pada waktu kerja yang sama. Nasib hidup di bawah Umno,  gitulah gayanya. - HARAKAHDAILY 28/12/2015

Share on Myspace