Andainya dosa itu diperlihatkan

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Wahai anakku,
Jauhilah semua dosa besar yang Allah melarang kamu melakukannya. Kerana dosa akan menghalang kamu memasuki syurga Allah.

Wahai anakku,
Aku tidak bimbang sedikitnya amalanmu, kerana itu adalah kedudukan dan martabatmu dalam syurga.

Tetapi dosa akan menghalang kamu memasuki syurga Allah melainkan dengan rahmat dan pengampunanNya. Kerana itulah wahai anakku, Jauhilah dosa -dosa besar, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kecil mu. Sebagaimana firman Allah:

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (Surah An-Nisa: 31)

Wahai anakku,
Andainya dosa itu diperlihatkan kepada kamu tentulah engkau terkejut kerana banyaknya dosa terkumpul yang tidak kamu sedari. Maka mohonlah sungguh-sungguh agar Allah mengampuni dosa-dosamu kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Senyum selalu. - HARAKAHDAILY 3/1/2016

Share on Myspace