Bawa baliklah perjuangan ke rumah

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Bawa baliklah perjuangan ke rumah, jangan tinggal perjuangan di markaz atau di pejabat PAS.

Biar anak isteri dan ahli keluarga kita turut sama berkongsi dengan kita, dan mereka faham apa yang kita lakukan.

Jika tidak, anak isteri kita akan memusuhi perjuangan kita dan mereka tidak mahu berjuang semacam kita kerana hidup mereka terabai.

Sekiranya mereka faham kerja buat kita, maka mereka juga akan memberi motivasi kepada kita.

Kita hanya berusaha, kejayaan serah kepada Allah SWT.

Kita hanya mentarbiah anak supaya mengikuti perjuangan kita. Mungkin berjaya, mungkin tidak.

Apa yang penting usaha dan azam terlebih dahulu.

Jangan daripada awal lagi kita hanya mengharapkan kun fayakun. Insya Allah, Allah tidak mensesiakan usaha kita.

Iman tidak boleh diwarisi seperti harta pusaka, begitu juga perjuangan Islam ia tidak boleh diwarisi oleh anak kita sendiri jika kita tidak mentarbiah mereka sejak daripada kecil.

Kita jangan anggap anak kita akan mewarisi perjuangan kita dengan mudah, lebih-lebih lagi mereka hidup di zaman yang mencabar ini. - HARAKAHDAILY 13/1/2016

Share on Myspace