Jika kita tidak ikat diri dengan Allah

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Kita perlu mengadakan hubungan dengan Allah melalui amalan sunat, qiamullail, amar makruf nahyu anil munkar, kerana ini merupakan tali pengikat kita dengan Allah SWT.

Jika kita tidak mengikat diri kita dengan Allah, bagaimana Allah SWT hendak membantu kita di jalan dakwah dan perjuangan yang penuh dengan ranjau dan duri.

Apabila ada perasaan kecewa dan ragu mengenai kemampuan Islam boleh mentadbir dunia, maka kita perlu teliti bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT.

Ia mempunyai kaitan rapat dalam hal ini.

Keyakinan dan kesuburan iman mesti dibajai dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. - HARAKAHDAILY 18/1/2016

Share on Myspace