Apa kita dapat dalam hidup berjamaah?

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .

Hidup dalam jamaah bukan bererti anda hilang hak kebebasan berfikir, tetapi anda hilang kebebasan berkeputusan sendiri.

Hidup tanpa jamaah bukan untuk merayakan kebebasan berfikir, tetapi hanyalah untuk merayakan kebebasan diri daripada ketaatan kepada pemimpin (ulil amri).

Ahli jamaah akan berkata, 'Saya taat kepada Allah, RasulNya dan pemimpin saya yang beriman.' Itulah seruan al Quran.

Bukan ahli jamaah pula 'seolah-olah' berkata, 'Saya taat kepada Allah, RasulNya dan diri saya sendiri.' Dia kehilangan satu ruang ibadah yang besar, bahkan turut mendorong kepada kesalahan yang besar.

Hidup berjamaah memastikan anda sentiasa melebihkan maslahah dan kepentingan umat ke atas kepentingan diri sendiri. Diri lebur dalam umat.

Maka teman-teman perjuangan,

Jangan sesekali kamu merasa kerdil dan sedih saat dihentam kerana diikat oleh keputusan jamaah. Sesungguhnya penghentam kamu itulah yang merasa kerdil dan iri hati mereka gagal membebaskan diri daripada nafsu mereka sendiri. - HARAKAHDAILY 3/2/2016

Share on Myspace