TG Nik Aziz meninggal dalam perjuangan PAS, kita macam mana?

USTAZ IDRIS AHMAD | .

PAS beruntung mendapat seorang pemimpin seperti Almarhum TG Nik Abdul Aziz yang menjadi ikon dan kebanggaan jamaah.

Hendak ikut kelakuan dan tindakan beliau bukan satu perkara yang senang. Ia memerlukan proses tarbiah yang berpanjangan.

Jangan pula kita hanya pandai bercerita mengenai peribadi TG Nik Abdul Aziz tetapi kita jauh daripada apa yang ditunjuk oleh TG Nik Abdul Aziz.

Almarhum meninggal di dalam perjuangan PAS. Kita macam mana? - HARAKAHDAILY 13/2/2016

Share on Myspace