Sentuhlah tanah di kubur

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .

Dulu, sekali sekala kami akan bersama ayahanda menziarahi kubur datuk dan nenek kami. Hari ini kami menziarahi ayahanda di tanah yang sama. Satu hari nanti, mungkin di tanah ini juga saya akan diziarahi anak-anak saya nanti.

Kubur adalah tempat ziarah. Semoga rumah kita yang sebenar adalah syurgaNya yang abadi.

"Telah melekakan kamu oleh (perlumbaan) saling mengumpulkan harta.. sehinggalah kamu menziarahi kubur (mati)." - Al Takathur

(Gambar: Tanah dipijak itulah tempat bersemadi ayahanda. Justeru sentuhlah tanah di kubur. Itulah kita)

(11 Februari, 7:42 pm)

Share on Myspace