Tuan Guru Abdul Hadi nakhoda kami

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL | .

ORANGNYA sederhana cara hidupnya. Cukup 'simple' dengan jubah dan serban serta kopiah yang harganya sama seperti orang biasa-biasa.

Kuliahnya menusuk jiwa, ceramahnya memukau lautan manusia, kata-katanya tersusun bicara, kadang-kadang sederhana dan kadang-kadang berbisa bagi yang terasa.

Kehadirannya sentiasa dinanti tak kira dalam program santai atau program rasmi. Tak susah menghulurkan salaman malah kerapkali mengukirkan senyuman.

Setiap saat sangat berharga baginya, menepati masa dan menjaga masa seperti menjaga dirinya. Masa itu Emas kata pepatah Melayu tetapi bagi Tuan Guru nilainya lebih dari itu.

Semangat juangnya cukup tinggi, siang malam istiqamah menabur bakti, tak peduli kata nista dan keji, selagi bernyawa onar dan dugaan ditepis ketepi.

Entah kenapa ada yang mengadu domba, fitnah melata kata-kata disalahguna, cuba lahirkan rasa curiga para penyokong dan pendokong terhadapnya, memburukkan imej Tuan Guru setiap masa.

Tuan Guru Nakhoda kami sehingga kini, memegang kemudi melayari bahtera membelah lautan luas terbentang, ada masanya tenang ada masa bergelora, namun kami akan istiqamah di atas bahtera ini.

Beristiqamahlah kita sehingga mencapai kemenangan, laksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rungutan, setiap kita ada tanggungjawab dan peranan, walaupun kecil tetap akan dikira sebagai amalan. – HARAKAHDAILY 1/3/2016

Share on Myspace