Saya menitis air mata menatap foto itu

MUHTAR SUHAILI | .

GAMBAR ini gambar yang sangat istimewa, saya menitis airmata terharu menatap foto pejuang sejati PAS ini.

Insan berkerusi roda ini ialah Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi yang bersemangat hadir ke Hari Penamaan Calon di DUN N07 Samariang mengiringi Calon PAS Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 pada 25 April lepas.

Beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak (Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama dari tahun 1995 hingga 2003 selama 9 tahun). Saya cemburui semangat insan yang merupakan antara penggerak awal PAS di Sarawak ini.

Beliau pernah bertanding di Kerusi DUN N.07 Samariang mewakili PAS pada tahun 2001 (kali pertama PAS bertanding PRN Sarawak) dan kini banyak membimbing generasi baru PAS Sarawak.

Meski sekarang beliau berkerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan suatu masa dahulu, namun beliau terus bersemangat untuk hadir ke program-program PAS.

Semoga anak-anak Sarawak dapat mencontohi kecekalan dan istiqamah beliau dalam perjuangan. – HARAKAHDAILY 27/4/2016

Share on Myspace