Hari pekerja 1 Mei, Malaysia tunggu saat kehancuran

AHMAD MARZUK SHAARY | .

DALAM sejarah tercetusnya Hari Pekerja, 5 September 1882, di jalan raya  New York, berarak 20,000 kaum pekerja  melaungkan slogan menuntut " 8 Jam Kerja, 8 Jam Rehat, 8 Jam Rekreasi."

Namun hakikatnya  Hari Pekerja, 1 Mei 2016 di Malaysia, menampakkan 24 jam  kezaliman yang dilakukan oleh pemerintahan BN terhadap kaum pekerja.

Lebih 400,000 tiada pekerjaan. 200,000 daripadanya adalah mahasiswa. Belum pun bekerja, mahasiswa diburu hutang PTPTN. Yang telahpun punyai pekerjaan sebelum ini, mulai kehilangan pekerjaan.

Kaum pekerja yang berkhidmat cemerlang dalam kerajaan pula dizalimi, hanya pengampu dinaikkan pangkat. Bukan setakat Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Polis Negara dipersoalkan oleh Rakyat.

Bahkan guru guru di sekolah, petani di sawah serta nelayan di laut juga dizalimi oleh pemerintah BN. Tiada jenis pekerjaan dan pekerja yang tidak terkena tempias kezaliman pemerintahan BN.

Sebenarnya tuntutan terbesar Hari Pekerja di Malaysia pada hari ini,1 Mei 2016 adalah, kerajaan BN patut dijatuhkan dan diganti dengan kepimpinan yang ahli, yakni berpaksikan agama dan kebenaran.

Peringatan Rasulullah "Jika kamu menyerahkan urusan kepada yang bukan ahlinya, nescaya tunggulah saat kehancurannya." Menyerahkan urusan negara kepada BN, Malaysia menunggu saat kehancurannya.

Pada kesempatan ini, saya menyeru jutaan pekerja dan keluarga mereka di Sarawak, supaya menolak Barisan Nasional, seterusnya memilih calon daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), dalam Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-11. – HARAKAHDAILY 1/5/2016

Share on Myspace