PAS teguh kerana Islam disemat dalam perlembagaan

HARAKAHDAILY | .

Intipati ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Terengganu Kali Ke-51 oleh Senator Datuk Dr Johari Mat

1. Ulama bagaikan bintang di langit. Bintang dijadikan panduan perjalanan pada waktu malam walaupun jumlahnya sedikit pada pandangan mata.

2. Kita bukan para Sahabat, kita bukan ulama yang hebat seperti ulama terdahulu, tetapi kita suka dan mahu bersama ulama. Ilmu kita tidak banyak. Namun apabila kita berada di kampung atau di tempat masing-masing, kita dipaggil ulama. Kita dipakaikan nama ulama. Justeru, bawalah setakat mampu (kerana kita tidak boleh tinggalkan ilmu setelah memperolehinya)

3. Kita bawa 'barang besar' iaitu Islam. Orang paling layak pikul tugas ini ialah ulama. Ketua seluruh orang alim ialah nabi. Kita bawa Islam setakat yang kita boleh.

4. Allah terima amal kita apabila kita ikut Islam. Kita baca ayat Quran:

Maksudnya: "Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima darinya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk orang yang rugi."
Aali Imran: 85

Semua org takut rugi- penjual, pembeli, pedagang, ustaz.
Peranan kita beritahu kepada orng lain supaya tidak rugi, iaitu kena ikut Islam.

5. Hadis qudsi sebut lebih terang tentang ayat di atas, iaitu pada hari kiamat nanti setiap amalan akan datang, perkenalkan 'diri'nya, lalu diberi khabar gembira. Akhir sekali Islam datang:

Engkau Tuhan bernama AsSalam dan aku Islam.

Ertinya setiap aktiviti hidup mesti berlandas dan bertunjangkan Islam.

6. Parti kita bawa Islam.
Kita pula berada dalam Dewan Ulama. Kita mesti ada kemahiran tinggi dalam segala keadaan dan situasi.
Kebijaksanaan mesti ada. Itulah yang ditunjuk dalam budaya politik matang dan sejahtera (BPMS).

7. Dalam konteks politik Terengganu, kalau kita nak jadi kerajaan melalui jalan mudah seperti kerjasama dengan golongan yang nak jatuhkan MB, mungkin boleh tapi ia jadi seperti mee segera, begitu juga mereka yang menyokong Dr M untuk jatuhkan PM melalui Deklarasi Rakyat.

8. Umno sebenarnya sangat tenat. Kita perkukuhkan jemaah. Saya lihat ada cahaya di hujung terowong.

9. Tugas ulama mendidik. Peringkat informal, kita ada pelbagai bentuk institusi informal.

10. Kita juga kena faham Perlembagaan PAS kerana parti kita berjalan mengikut perlembagaan, walaupun kita bukan ahli perundangan.

11. Perlembagaan PAS ada 12 bab, 88 fasal. Antaranya dasar Islam. Kerana Islam kita berkawan dengan orang, kerana Islam kita tidak berkawan dengan orang.
12. Perkara ini prinsip. Ini bukan sekarang. Ia berlaku semenjak dari para nabi. Kita gagah kerana berpegang dengan Islam.

13. Walaupun.kita keseorangan, kita kuat kerana berpegamg dengan Islam. Bukalah 'kitab' mana-mana parti, ada tak parti lain yang letak Islam sebagai dasar?
Allah berfirman:

"Adapun buih itu, maka ia akan hilang."

14. Kita tanya mereka yang melompat, tubuh parti lain: "Demo gi ke lain tu cari gapo? Isle ko gapo? Nok cari Isle, sini ado doh.'

15. Solat berjemaah dengan satu imam, tak diterima jemaah kedua.

16. Dalam hidup ada perkara berbeza, yang tak boleh ialah berpecah.
Ikhtilaf tidak apa, tafarruq tidak boleh. Dalam berjemaah, akhirnya pendapat ketua sebagai pemutus diikuti.

17. Ibn Mas'ud sebut: 'Saya sempat dengan Nabi, Abu Bakar, Umar solat qasar musim haji. Di zaman Uthman awalnya beliau solat qasar, kemudian solat tamam (sempurna 4 rakaat).' Ibn Mas'ud ikut solat. Beliau ditanya kenapa ikut? Beliau jawab:

'Bercanggah itu keji'

Ikut Uthman solat tamam kenapa?

18. Majlis Syura hanya ada dalam PAS. Keputusan muktamar dirujuk kepada Majlis Syura. Kita ini cermat dalam membuat keputusan supaya kita benar-benar ikut Islam.

19. Seruan PAS: 'Allahuakbar.' Tujuan perjuangannya pula supaya tegak dalamnya masyarakat berdasarkan nilai Islam dan mendapat redha Allah. Perkara ini ramai yang terlepas pandang.
Kita nak dalam masyarakat ada nilai Islam dan redha Allah. Boleh jadi orang tak berkenan. Ini adalah penegasan kita.

20. Semua orang boleh ikut Islam, tak kira siapa. Bukan Islam pun boleh ikut. Keadilan ialah perkara yang disukai oleh semua orang.
Cara realisasi Islam ialah dalam bentuk perlaksanaan melalui undang-undang. Orang akan lihat Islam itu adil.

21. Kita berpolitik sama dan seiring dengan dakwah. Dakwah nak tarik orang lain. Politik pun nak tarik orang.

22. Kalau seseorg itu Islam, sepatutnya tak ada sebab dia pilih parti yang lain.

23. Di kalangan mereka yang terlibat dengan orang yang berkuasa, ada yang berminat dengan PAS, tetapi kerana masih ada kuasa, mereka belum bersedia. Sebab itu kita lihat, bila mereka pencen baru isytihar masuk PAS.

24. Islam seperti air turun dari gunung, tidak ada yang boleh halang.

24. Dalam Dewan Negara, senator-senator selain PAS besedia sokong rang hudud. Ini kejayaan kita.

25. Dalam Perang Badar, Allah tolong dengan cara yang tak disangka.
Nabi tanya pandangan Sahabat tentang tawanan perang. Ada 2 pendapat. Nabi terima pandangan tawanan ditebus. Allah tegur akhirnya, tapi keputusan ialah dengan syura dan mengambil keputusan melalui syura.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan Ketua Lajnah Media Baharu DUPNT

Mujamma' AsShafie
Taman Islam Kemaman
Ahad 22 Mei 16
12.09 tengah hari

Share on Myspace