RUU Persendirian: Alkisah seorang MP Melayu

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Alhamdulillah, RUU Persendirian mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah berjaya dibentang.

Walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada MP DAP sehingga sudah hilang pedoman mengenai Peraturan Dewan. Punya hendak marah sehingga hilang rasional dan profesional.

Alkisah satu lagi pula seorang ahli parlimen Melayu yang tulis dalam FB beliau pada waktu pagi, kata RUU ini tidak akan berjaya. Umno akan tipu PAS.

Apabila Tuan Guru Abdul Hadi dapat bentang, dia tulis pula ini Umno dengan PAS berpakat menggunakan agama. Persoalannya pula dia berpakat guna apa? Kesian ya. Politik untuk hidup atau politik untuk mati. Semoga kita berpolitik untuk mendapat pahala dan jadi bekalan mati.

Sepatutnya kita bersyukur, ini bukan isu yang hendak dipolitikkan. Ini isu bersama. Kenapa hendak dikaitkan dengan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar? Bukankah sebelum ini sudah dua kali dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat Parlimen?

Perjuangan PAS tidak bergantung kepada musim pilihan raya. PAS terus istiqamah tidak ke kiri atau ke kanan. Apa orang hendak kata, itu kerja mereka yang tidak boleh melihat kerja buat PAS. - HARAKAHDAILY 26/5/2016

Share on Myspace