Taktik Penyamun Ali Baba di Kuale

DR AZMAN IBRAHIM | .

Banyak rumah di Kuala Kangsar didapati telah tampal di pintu-pintu rumah atau peti surat  dengan pelekat kecil berwarna biru bergambar logo BN serta Umno tertulis 'KELUARGAKU PENGUNDI BN'.

Walau jelas dari pelekat ini menunjukkan tuan rumah sekeluarga adalah pengundi BN, kami pasukan kempen PAS di Bendang Kering Kuala Kangsar tetap singgah untuk menyantuni mereka sekeluarga.

Anehnya rombongan kami disambut dengan mesra walau jelas dari pakaian yang dipakai, kami memang orang PAS!

Eh! Bagus dan matang sungguh orang Kuale berpolitik. Bisik hati saya.

Bila kita dijemput masuk ke  rumah, tuan  rumah kata, "yang tampal sticker ni sama dengan kerja Sarjan penyamun Ibrahim Pendek dalam cerita Ali Baba. Kerja dia pergi letak tanda X di rumah yang menjadi sasaran. Tapi belum tentu 40 penyamun buleh samun. Sampai jamban pun dia letak tanda X!"

Hahaha... rupanya sindiran P Ramlee dalam filem Ali Baba masih relevan sepanjang zaman. Bezanya Sarjan Penyamun Ibrahim Pendek datang dengan kapur untuk letak tanda X, yang moden ini datang dengan pelekat.

Mereka datang bagi salam kalau tuan rumah ada lalu dilekatkan sticker biru di peti surat atau pintu rumah. Jika tak ada tuan, sticker dilekatkan tanpa salam.

Haha... secara magic, satu keluarga terus jadi pengundi BN! Hebat kan! Seterusnya mereka akan claim elaun sebab mereka dah buat kerja.

Pengundi sekarang ramai yang bijak macam Marjina dalam cerita Ali Baba. Nasib tak baik penyamun akan masuk dalam tempayan dan disiram air panas! - HARAKAHDAILY 13/6/2016

Share on Myspace