Menjauhi fitnah dan memfitnah

HARAKAHDAILY | .

Situasi, keadaan dan kedudukan. Di manakah Anda?
Contoh Situasi Yang Mencetuskan Fitnah

1. Pihak Pertama:
Anda seorang ahli mesyuarat yang sah. Memberi pandangan, peringatan dan teguran dengan keizinan pengerusi untuk berucap, di tempat yang betul. Setelah itu jika ada kesilapan sudah diperbetulkan dan diberi teguran dalam mesyuarat. Agenda mesyuarat bukan membincangkan perkara tentang satu dua hari tetapi perjalanan selama setahun. Mesyuarat telah selesai. Siru ala barakatillah.

قوله تعالى:
وأمرهم شورى بينهم

2. Pihak Pembuat Fitnah
Anda berada dalam mesyuarat mungkin sebagai ahli mesyuarat atau sebahagian pihak media atau musuh parti Islam atau cybertrooper yang berperanan mengambil sebahagian isi mesyuarat dengan niat (spin) untuk membuat fitnah dan lain-lain. Atau sememang fitnah adalah kerja anda maka ingatlah. Allah Ta'ala melaknat pembangkit fitnah

قال الرسول (ص )
الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها

3. Pihak Pengulas
Sekiranya pengetahuan anda tentang mesyuarat menyeluruh sama ada anda ahli mesyuarat atau anda mendapat maklumat yang tepat dari sumber yang benar dan anda membuat ulasan tersebut dengan niat yang baik untuk memberi nasihat maka alhamdulillah dan terima kasih. Namun pastikan ulasan itu pada tempat dan orang yang betul. Bukan di tempat yang salah kerana akan membawa kepada fitnah.

قال الرسول (ص)
الدين النصيحة

Sekiranya pengetahuan anda tidak menyeluruh tentang mesyuarat dan anda tidak mendapat maklumat dari sumber yang benar apatah lagi dari sumber fitnah kemudian anda mengulas dan ulasan tersebut bukan pada tempat dan yang berkenaan maka ingatlah.

قوله تعالى:
فويل لكل همزة لمزة

قال الرسول (ص)
سباب المسلم فسوق

4. Pihak Musuh
Sekiranya anda adalah pihak musuh sama ada musuh politik Islam, musuh dalam kumpulan-kumpulan atau golongan fahaman dalam Islam seperti syiah, wahabi, liberal dan lain-lain maka sememang itu kerja anda. Tidak ada ungkapan yang lebih baik kecuali berdoa kepada Allah.

اللهم رد كيدهم على نحوركم ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.

5. Pihak Awam Yang Terpengaruh

Anda turut menyebar fitnah atau turut mencela atau turut mengulas tanpa bersandarkan sumber yang benar yang mana perbuatan itu tanpa sedar kerana terpengaruh maka diharapkan Allah mengampunkan dosa-dosa anda.

Ini adalah gambaran dalam dunia media tanpa sempadan. Membawa satu contoh situasi. Begitulah situasi yang lain.

Semoga bermanfaat.

"POLITIK MATANG & SEJAHTERA"

Al Faqir Nik Bakri Nik Mat
Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Share on Myspace