PAS lebih tergiur janji Allah berbanding PH

USTAZ MOKHTAR SENIK | .

PAS lebih tergiur dengan janji Allah berbanding janji makhluk. Itulah sikap PAS yg masih gagal difahami oleh musuh-musuh politik dan sebahagian orang yang tidak mengenal PAS.

Sudah berulang kali PAS menegaskan bahawa dasar PAS adalah Islam. Maka Islamlah yang menjadi keutamaan PAS.

Ini bukan bermakna PAS tidak mahukan kemenangan politik. Bahkan kerana demi kepentingan Islam itulah PAS berpolitik. Namun jika disuruh pilih antara mahukan kemenangan yang Allah murka atau kekalahan yang Allah redha?

Maka PAS akan menjawab biarlah kami memilih redha Allah. Namun PAS akan terus dan terus berjuang untuk meraih kemenangan bersama keredhaan Allah.

PAS bukan tidak sedar, bahawa mengadakan gabungan parti-parti politik itu lebih memberi kebaikan kepada percaturan politik PAS. Bahkan PAS sentiasa berlapang dada menerima siapa sahaja untuk bergabung dan bertahaaluf dengan PAS demi kepentingan Islam dan rakyat.

Ini dapat dilihat daripada sejarah kebersamaan PAS dengan Umno dalam perikatan, PAS bersama Semangat 46 dalam APU dan PAS bersama DAP dan PKR dlm Pakatan Rakyat.

Malahan berteraskan semangat politik jujur, PAS sanggup menyerahkan banyak kerusi yang ditandingi oleh PAS kepada PKR saat-saat awal PKR lahir ke dunia politik Malaysia selepas DSAI dipaksa keluar dari rahim Umno melalui pembedahan ganas Tun Mahathir.

Namun perlu diingat bahawa kesediaan PaS bergabung dan bertahaluf adalah kerana kepentingan Islam dan umat. Jika merugikan Islam dan umat serta negara, PAS tidak akan bergabung dengan siapa pun walau sebesar mana sekalipun gabungan mereka itu.

Walaupun dijanjikan bulan dan bintang. Ini kan pula sekadar gabungan PH yg rapuh dan hanya dijanjikan Putrajaya yang belum pasti.

Jika ada yg berkata lebih baik PAS bersatu dengan PH untuk masa depan politik yang lebih cerah buat PAS khusnya pasca PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar serta Kuala Kangsar.

Suka saya jawab secara peribadi, bahawa jika hanya kemenangan politik yang difikirkan oleh PAS tanpa memikirkan kepentingan Islam, lebih baik PAS bergabung dengan Umno.

Parti yang lebih dekat dengan Islam berbanding DAP. Parti yang lebih bersifat Melayu Islam berbanding DAP yang hanya disertai oleh beberapa orang Melayu sahaja.

Jika dengan Umno pun PAS tidak berminat untuk berijab kabul, maka masakan dengan DAP PAS lebih berminat. Lebih-lebih lagi apabila mengingatkan pengalaman bertahaaluf dengan Parti Rasis itu dlm PR.

Jadi selagi kamu menolak Islam dan tidak bersedia menghormati Islam tidak perlulah kamu berbicara soal bersatu dan bergabung bersama PH. Walau kamu janjikan kemenangan yang lebih besar, kami tetap lebih rindukan janji Allah kepada siapa yang istiqamah dalam perjuangan kami. – HARAKAHDAILY 20/6/2016

Share on Myspace