Tazkirah Ramadhan: Perlumbaan menuju Allah

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .

Kita menghampiri 10 terakhir Ramadhan. Ia adalah seruan perlumbaan menuju Allah pada puncaknya. Rasulullah صلى الله عليه وسلم digambarkan begitu ceria dan bersungguh-sungguh menghidupkan malam-malam akhir Ramadhan sehingga baginda turut menyuruh ahli bait baginda untuk turut bersama.

Malam Lailatul Qadr adalah janji Ilahi yang agung. Malam 1,000 bulan yang penuh kesejahteraan dan kebahagiaan. Berbahagialah mereka yang memperolehinya dan rugilah mereka yang diharamkan daripada mengecapinya. Bayangkan, amalan semalaman ditukar menjadi amalan lebih 80 tahun!

Itulah matlamat pensyariatan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ia adalah perisytiharan bahawa Allah adalah tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang terhadap para hamba-Nya.

Justeru mari persiapkan diri dengan jadual kehidupan yang terbaik untuk malam-malam akhir Ramadhan ini. Kesungguhan kita adalah tanda keikhlasan menagih janji dan kasih sayang Rabbul Jalil.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Share on Myspace