Solat Jumaat

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .

Hari Jumaat adalah hari seluruh umat Islam dikerah Allah untuk mendengar khutbah solat Jumaat. Khutbah dikira menggantikan 2 rakaat dari 4 rakaat solat harian fardhu Zuhur. Di situ terserlah hikmat kewajiban mendengar khutbah.

Khutbah adalah rangsangan elemen amar makruf nahi munkar yang ditekankan oleh Islam sebagai tunjang keutuhan masyarakat Islam sebagaimana keutuhan peneguhan diri melalui solat 5 waktu.

Justeru setiap kita mestilah beriktibar bahawa selama mana umat Islam menyanjung dan menjunjung pemantapan ‘amal makruf nahi munkar‘ maka kehidupan Islami akan terus maju dan mengukuh.

Serulah kepada yang baik dalam masyarakat dan halang kerosakan dalam masyarakat. Bersama kita menghalang dunia barat merosakkan umat Islam dengan budaya yang melalaikan anak bangsa kita. - HARAKAHDAILY 22/7/2016

Share on Myspace