Tarbiyah: Fikrah sahihah wa qalbun salim

HARAKAHDAILY | .

Para pejuang yang mempunyai fikrah yang sahih dan hati yang sejahtera akan faham dan merasa lebih tenang berada di sof amilin nak dibandingkan dengan berada di saf kepimpinan.

Para amilin jauh lebih mudah, dengar dan taat serta laksanakan segala keputusan pemimpin kemudian bertawakkal pada Allah.

Adapun saf kepimpinan terlalu sukarnya mereka dan kesukaran yang paling ketara ialah ketika mereka ingin membuat keputusan dalam bermesyuarat. Ini kerana keputusan mereka akan melibatkan hukum, melibatkan amanah perjuangan, melibatkan akidah perjuangan, melibatkan masa depan Islam dan jamaah, melibatkan seluruh para amilin dan mujahidin serta melibatkan Rasulullah SAW kerana mereka adalah pemimpin dari para ulamak yang menjadi pewaris Nabi SAW. Yang paling kemuncak dengan keputusan yang dibuat menjadi kunci redha atau murkanya Allah ke atas mereka.

Semoga Allah memberi kefahaman dan sikap berlapang dada serta dengar dan taat kepada pimpinan para ulamak kerana sukarnya mereka untuk memenuhi segalanya.

Marilah sama-sama kita bersama dengan kepimpinan ulamak khususnya dan semua kepimpinan lain yang istiqamah dengan perjuangan Islam.

Istiqamah Hingga Kemenangan

Al-Faqir Nik Bakri Nik Mat
Pengarah Lajnah Tarbiyah DUPNS

Share on Myspace