Aku tetap pemuda PAS

Ustaz Syarhan Humaizi Halim | .

Aku melihat sejak dahulu lagi, PAS tidak berhenti difitnah. Walaupun pemfitnah tahu Allah Taala nyatakan dosa orang yang memfitnah lebih besar dari membunuh. Saban hari mereka seakan berangkai dan bertali arus terus menfitnah PAS. Dengan tujuan agendanya tidak lain adalah untuk memburukkan PAS.

Namun...aku tetap pemuda PAS.

Dari dulu sehingga kini mereka berwiridkan UG. Dari dalam PAS mereka dimuliakan sebagai pemimpin perjuangan Islam sebagai idola anak muda sehingga mereka "merangkak" keluar PAS dengan jiwa yang masih penuh hasad. Mereka menjaja PAS akan bergabung masuk dalam Umno. Mereka menghasut sehingga bukan sahaja ahli PAS bahkan ahli DHPP pun yang dah mula kenal Islam dan kemuliaannya diracun keluar dari PAS. Biarlah mereka dengan hasad mereka.

Namun...aku tetap pemuda PAS.

Dari dalam PAS mereka menunjukkan sikap tidak sekata dengan keputusan Presiden dan jemaah. Mereka menunjukkan sikap biadap terhadap pimpinan dan ulama. Biadap mereka sesama ahli. Biadap mereka pada perjuangan dengan mereka bersekongkol bersama musuh mengenepikan jemaah dan Islam. Kebiadapan mereka dengan tindakan membelakangkan jemaah seakan menikam dari belakang. Tetapi mereka menjaja bahawa mereka disingkirkan dari parti. Biarlah mereka dengan penjajaan mereka.

Namun...aku tetap pemuda PAS.

Hari ni mereka bangga dengan gabungan mereka untuk hancurkan PAS. Mereka memulakan dan disambut pula oleh mereka yang memang memusuhi PAS dan Islam. Sudah hilang akhlak Islam serta Allah menutup mata hati mereka melihat asolah perjuangan Islam yang dipertahankan oleh PAS sejak dahulu. Sejak zaman awal datuk nenek kita berjuang. Sejak zaman kebanggaan semua ahli PAS apabila jemaah menggagaskan kepimpinan ulama sehingga kini. Sikap mereka terus kekal dengan usaha mereka mencari "buah" untuk terus memburukkan PAS bersama gabungan mereka.

Namun...aku tetap pemuda PAS.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor
24 Oktober 2016 / 23 Muharam 1438 - HARAKAHDAILY 24/10/2016

Share on Myspace