Siapa kita antara kita

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .

Anda mahu negara berubah. Islam sendiri mahu anda berubah. Jika anda tidak berubah kepada Islam, bagaimana anda mahu melihat negara berubah? Adakah anda mahu mencabar Islam bahawa anda mampu mengubah negara tanpa Islam?

Jika begitu, anda usah bising jika ada yang menolak untuk berubah bersama anda. Mereka bukan menolak anda, tetapi mereka lebih yakin bahawa perubahan sebenar negara hanya boleh berlaku dengan Islam sebagai panduan. Apa anda pelik-kan jika otak Islam itu lebih baik daripada otak anda.

Lawan rasuah, lawan juga riba. Tolak rogol, tolak juga zina. Haram dadah, haram juga arak. Haram gubahan wang, haram juga judi. Sesempurnanya, bukan berpilih-pilih.

Siapa berani perjuangkan ini sepenuhnya selain Islam? Itulah kami, PAS.

Share on Myspace