Nasihat seorang otai

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .

MOHON para semua amilin baca.

"Nak kemana Ustaz?", tegur dia waktu kami berjumpa semalam, "nak jahit baju", sambil saya tunjuk kedai yang biasa saya jahit baju melayu saya. Dia ajak saya minum kejap sebab lama tak jumpa. Dia otai PAS, sejak saya kenal PAS sejak lebih 30 dulu, dia antara orang paling awal yang saya kenal.

Umurnya dah mencecah 70 tahun lebih. Nampak lesu tapi mulutnya masih bersemangat untuk bercerita tentang perjuangan. Saya pun memang suka bertemu dengan dia, dalam dadanya sarat dengan pengalaman perjuangan PAS. Selalunya bila berjumpa, sarat pula dada ini dengan nasihat-nasihatnya yang menyuntik semangat perjuangan.

Semalam dia cerita, dia kawin masa umur 18 tahun, mula berjinak dengan PAS sejak kawin, bila sebelah rumah isterinya ada seorang Ustaz (sekarang dah meninggal) yang perkenalkan dia dengan perjuangan PAS. "Masa tu kat kampung ni ada tak sampai 5 orang je yang sokong PAS, cawangan pun takde", katanya. Namun dengan berkat kesungguhan dia dan 2 orang lagi rakannya dia berjaya tubuhkan cawangan.

Masa tu bukan cawangan tapi 'ranting', saya tertarik sangat dengan nasihatnya, dia kata "sesuatu yang berbeza, akan memudahkan orang membuat pilihan, manusia ni suka pada benda yang lebih kuat, lebih cantik, lebih baik, lebih comel, semua yang ada kelebihan semua manusia suka dan biasanya yang lebih itu menjadi pilihan". katanya.

"Dulu PAS zaman saya miskin, saya dan kawan-kawan semuanya orang susah, tak banyak benda yang kami boleh buat, dahlah takde duit ahlipun tak ramai, orang tak nampak kelebihan kita, yang orang nampak ialah kelemahan kita, sebab memang kita lemah, nak tarik orang masuk PAS masa tu memang susah, kerajaan pulak ada tv, radio, surat khabar dan ada duit, memang susah nak lawan".

"Macam lumba keretalah", kata dia "kalau kereta kita laju, kita akan menang, tapi nak laju guana, kalau kita cuma ada kereta buruk yang ketinggalan zaman", sambungnya lagi. "Tapi nak buat macamana, hanya itu yang kita mampu pada masa tu, boleh kata hpir semua perkara kita slow, tetapi kita tetap juga bertambah sebab ada juga perkara yang kita lebih laju dari BN, walaupun tak banyak".

"Satu perkara yang BN kalah dengan saya dan kawan-kawan masa tu ialah saya dan kawan-kawan sentiasa ada di Masjid dan surau, yang ni puak dia kalah, orang yang tengok kelebihan ini lama-lama akan sokong kita, walaupun tak ramai, Sekarang PAS tak macam dulu, ahli PAS dah ramai, duit pun lebih mudah nak dikumpulkan, cuma ada beberapa perkara yang mesti PAS usahakan lagi supaya PAS mendahului BN agar rakyat beri kepercayaan kepada PAS".

"PAS mesti mendahului, nak menang kena ada sifat yang layak untuk menang, macam kereta tadilah, kalau buruk, cc pulak kecik, camana nak menang berlawan dengan kereta laju". Saya hanya diam dan asyik mendengar nasihat serta pandangannya, maklumlah otai yang sarat dengan pengalaman perjuangan bersama PAS. "PAS mesti berusaha selaju mungkin untuk menang, mesti laju dalam semua benda".

"Ahli PAS mesti kedepan dari sudut agama, masjid surau dan kuliah ilmu jangan tinggal, mesti laju juga dengan program kemasyarakatan, ahli PAS mesti cepat dan banyak membantu masyarakat, orang akan lebih melihat kita baik apabila kita suka membantu, ahli PAS mesti lebih baik dari orang lain, semakin jauh jarak kebaikan kita meninggalkan parti lain, maka semakin berpotensi untuk kita menang".

"Jarak memungkinkan satu keputusan, kalau kita tinggalkan orang jauh kebelakang, kita lebih mungkin menang, tapi kalau kita yang jauh ditinggalkan, tak mungkin kita menang, sebab tu kita kena lebih jauh kedepan dalam semua perkara, wakil rakyat macam Ustaz, jangan berehat, Ustaz mesti kerja sungguh2 supaya nampak beza dengan yang dulu, lagi kuat kerja, lagi jauh jarak perbezaannya, lagi jauh jarak bezanya, maka lagi mungkinlah untuk menang lagi".

"Sekarang Ustaz dah jadi PJ, Ustaz kena usaha bersungguh-sungguh memecut agar PAS jauh tinggalkan yang lain", katanya. Macam ada bongkah batu dalam kepala saya bila dia kata begitu. "Saya tahu Pahang luas, memang Ustaz akan penat, tapi dah namanya perjuangan, kalau tak penat, kalau tak habis duit itu bukannya nama perjuangan". Nasihatnya lagi. "Satu lagi", kata dia...

"Kalau kita asyik mengadu lemah, sampai bila-bila pun kita lemah, ahli PAS kena semangat kuat, jangan mengalah dengan kelemahan, tapi usaha atasi kelemahan, kalau kita lemah kerana tak de duit, kita kena usaha cari duit, cam orang lapar, kalau malas usaha cari makan, jawapnya mati kering, kita ada Allah swt Yang Maha Pemurah, usaha je cari, Allah pasti bagi, kita ada Allah Yang Maha Gagah, kita sandarkan sungguh perjuangan keranaNya, baru kita akan bersemangat, jangan sekali-kali lari dari perjuangan Islam, kita pasti akan hina dan semakin hina".

Banyak lagi nasihatnya yang saya tidak tuliskan, dia bercakap dalam dialek Kelantan dan tidak sempurna nahu, sorof serta balaghahnya, saya bakukan agar lebih faham.

Nasihatnya menjadikan kepala saya membongkah batu bebanan, amat besar bebanan ini, namun suntikan dos nasihatnya menjadikan saya sangat bersemangat, hari ni ada mesyuarat PAS Negeri dan kuliah di Temerloh.

Jangan lemah, jangan lemah, jangan lemah, jarakkan berbezaan antara kita dan mereka, semakin jauh jarak kita kehadapan semakin kemungkinan untuk kita menang, itulah nasihatnya semalam... kejap lagi nak turun dah, dengan semangat ini mungkin pagi ini akan memecut 180 -190km ke Temerloh.. he he he. – HARAKAHDAILY 9/11/2016

Share on Myspace