Lebuh raya: Bagaimana cara bayar pampasan?

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Pada 9 November 2016, Rabu jam 5.45 petang sempat bahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 Kementerian Kerja Raya.

Butiran 060200 Bayaran balik pinjaman LLM    
2016   RM100,000
2017   RM100,000

Isu pertama


Setakat 1990-2015 kerajaan telah membayar pampasan RM4 bilion kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Saya bertanya bagaimana cara pihak kementerian untuk bayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Isu kedua

Persoalan kedua adakah laluan trafik tidak mencukupi seperti yang dijanjikan antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya, adakah kerajaan perlu membayar kepada syarikat konsesi.

Contohnya kereta yang melalui jalan tersebut sepatutnya 100,000 setahun, tiba-tiba tidak sampai target. Adakah kerajaan kena bayar pampasan pada syarikat konsesi?

Isu ketiga

Saya bangkit mengenai bayaran 3 peratus oleh peniaga R&R. Amat membebankan dan menindas peniaga. Saya sudah bangkit tiga kali perkara di dalam Parlimen.

Contohnya kalau kita beli RM10 buah atau makan di R&R, maka 30 sen akan diambil oleh PLUS. Nilai 3% yang  Plus telah pungut daripada peniaga R&R.  Tahun 2013 sebanyak RM2.3 juta, tahun 2014  sebanyak RM2.4 juta. Saya cadangkan supaya bayaran ini dihapuskan sahaja. Cukuplah dengan bayaran sewa sahaja.

Saya juga maklum ada peraturan baru yang PLUS kenakan kepada peniaga R&R kerana PLUS tidak puas hati dengan pungutan 3% selama ini.

Maka ia perkenalkan peraturan baru. Contohnya gerai A, mesti jualan RM20,00 sebulan. Mahu tidak mahu wajib kena bayar 3% drp RM20,000 sebulan walaupun jualan tersebut tidak tercapai. Ini satu penindasan kepada peniaga.

Saya sebut ada seorang peniaga R&R Bkt Gantang telah berhenti kerana tertekan dengan peraturan baru. Saya cadangkan supaya tindakan segera diambil tindakan.

Saya sebut bagaimana ugutan pihak PLUS kepada peniaga, kalau tidak setuju boleh berhenti. Saya harap pihak kementerian ambil maklum.

Saya bangkitkan tidak cukup lagikah, dengan kutipan tol, contohnya tahun 2014 jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebnayak RM2.61 bilion yang melibatkan trafik 506 juta kenderaan.

Isu keempat

Minta kementerian naikkan taraf jalan ke Kuala Sepetang dari Matang Road ke Kuala Sepetang, selalu air laut naik di atas jalan apabila air laut pasang menyebabkan banyak kereta tidak boleh lalui, kebarangkalian air masin yang kena kereta yang lalui di kawasan tersebut. Sedangkan ia merupakan kawsan pelancongan yang hendak ke sana terutama di hujung minggu. Mereka yang hendak ke Pulau Sangga sehingga mencecah lebih 1,000 orang terutama hujung minggu.

Ia juga merupakan tempat yang terkenal dengan mi udang. Banyak kenderaan keluar masuk. Saya cadangkan  supaya ditinggikan jalan yang sedia ada, dan dapat elak air naik ke tengah jalan.

Isu kelima

Minta supaya jalan dari Bt 8 hingga Bt Hampar ke Beruas perlu diperbaiki kerana banyak kerosakan jalan, selalu berlaku kemalangan. Ia sudah menjadi jalan alternatif jalan biasa untuk ke Kuala Lumpur untuk elak bayar tol.

Catatan Parlimen
Ustaz Idris Ahmad
Rabu 9/11/16 jam 5.45 petang - HARAKAHDAILY 9/11/2016

Share on Myspace