Manusia bertambah, tanah makin kecil laut ditambak

USTAZ IDRIS AHMAD | .

Alhamdulillah jam 3.15 petang 16 November 2016, Rabu sempat bahas RUU Perbekalan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Butiran 060000 Alam Sekitar
2016  RM122,672,600
2017  RM 93,622,300

Manusia semakin bertambah, tanah semakin kecil. Maka sudah tentu lautlah tempat untuk ditambak.

Antara Kesan Penebusgunaan:

1. Kesan kepada spesis, habitat serta proses ekosistem.

2. Kesan negatif pertumbuhan sumber hidupan laut khususnya ikan.

3. Kesan pada sosio-ekonomi Rakyat khususnya terhadap hasil tangkapan nelayan.

4. Kesan kepada bekalan ikan yang diperlukan Rakyat.

5. Kesan pada perubahan hidraulik (perubahan arus air (semakin deras) keadaan paras air semakin cetek akibat mendapan, laluan kapal semakin sempit contohnya di selat.  

6. Kesan  hidrodinamik (perubahan dinamik ombak di persisiran pantai dan kesannya pada hakisan persisiran dan pantai, aliran air yang lebih deras. Laluan kapal yang semakin sempit dan cetek. Bakal menyusahkan pergerakan kapal, bot nelayan dan lain-lain.

7.  Kesan negatif di sepanjang persisiran pantai khususnya hakisan dan pencemaran.

Cadangan saya:

1.Cadangan kepada anggota Majlis Perancang Fizikal Negara khususnya wakil dari KementerianSumber Asli dan Alam Sekitar untuk menilai semula had tebus guna serta had pembangunan di kawasan pantai seperti yang tercatat di dalam Jadual 1 dan 2 Kualiti Alam Sekitar 2015 agar penyertaan penduduk setempat dan pakar dapat sentiasa dilibatkan dalam proses pembuat keputusan sebelum kerja-kerja penebusgunaan Pinggir Laut dapat diluluskan melalui Kajian Impak Alam Sekitar(EIA).  

2. Cadangan kepada anggota Majlis Perancang Fizikal Negara khususnya kepada wakil dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar agar mewujudkan syarat tambahan kelulusan penebusgunaan laut untuk pembentukan pulau buatan manusia yang lebih ketat berdasarkan piawaian antarabangsa. Sebagai contoh lokasi pulau buatan manusia yang dibentuk dari penebusgunaan laut tidak boleh dilaksanakan dalam jarak tertentu khususnya di lokasi yang berhampiran dengan penempatan penduduk, perkampungan nelayan, pantai awam, pusat ekonomi lain serta pusat pelancongan.

3. Cadangan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara agar mewajibkan penggunaan teknologi atau kaedah sifar pencemaran dalam setiap aktiviti penebusgunaan laut. Sebagai contoh penggunaan TSHD atau ‘trailing suction hopper dredger’ termasuk penggunaan ban kepungan dan tirai kelodak untuk mencegah kelodak dari mengalir masuk ke dalam laut terbuka.

4. Cadangan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara agar mewartakan lagi kawasan sensitif, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan alam sekitar agar kehilangan yang berlaku selama beberapa dekad sebelum ini dapat dikembalikan kepada anak-anak kita untuk diwarisi.  

5. Mewajibkan pembangunan mampan atau ‘Sustainable Development’ di sepanjang pinggir laut. Saya mohon Kerajaan untuk mengetatkan lagi proses kelulusan serta meningkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk segala aktiviti penebusgunaan pinggir laut. Sebagai contoh aktiviti penebusgunaan pinggir laut yang boleh menjejaskan hutan bakau (keluasan Hutan Bakau sudah berkurangan sebanyak 30% sejak 5 dekad yang lalu).

6. Jumlah kelulusan perlu dikurangkan atau disifarkan termasuk meningkatkan aktiviti pembangunan semula, meningkatkan lagi kekerapan aktiviti rondaan serta hukuman yang lebih berat kepada pesalah.

7. Mengetatkan kelulusan aktiviti penambakan laut di dalam negara dan juga aktiviti yang sama oleh negara jiran Singapura khususnya jika didapati boleh menjejaskan sosioekonomi Rakyat dan Alam Sekitar. Tindakan tegas mesti diambil krn ia menjejaskan alam sekitar. Satu mekanisme  kawalan diwujudkan untuk tidak membenarkan mana-mana tanah yang dihasilkan dari penebusgunaan laut dijadikan hak milik asing.

Butiran 050000 Perhutanan

Projek penanaman semula hutan bakau mesti diaktifkan. Di kawasan saya sekitar Kuala Sepetang memiliki hutan bakau ŷang panjang yang ada flora dan fauna.

Ia mendatangkan faedah yang baik dengan penanaman hutan bakau.

a. Ia boleh menjadi pelindung pantai dari hakisan dan ancaman tsunami khususnya di bahagian utara Kedah, Perlis dan Perak.

b. Lokasi perlindungan beberapa spesies flora dan fauna seperti udang dan ikan.

c.Tapak penting burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang.

d. Cadangan untuk meningkatkan keluasan hutan bakau sebanyak 5% setiap tahun sepanjang Rancangan Lima Tahun Negara.  

080000 PEnGAIRAN dan SALIRAN

2016  103,831,300
2017  100,477,100

Hari Isnin, 14 November 2016 di kawasan saya Bukit Gantang mengalami banjir sehingga melibatkan 30 keLuarga di Kg Simpang Halt dan 13 keluarga d Kg Jelapang. Terpaksa dipindahkan.

Apabila hujan lebat, menyebabkan Sg Jebung melimpah kerana hujan lebat di Taiping.

Begitu juga di Kg Kuala Sepetang sering banjir kerana masalah perparitan dan penyelenggaraan parit yang sempit.

Walaupun saya dan penduduk tempatan membuat ban guni namun tidak mampu menahan air juga.

Masalahnya sistem perparitan tidak diperluaskan.  Mungkin sesuai untuk 20 tahun dahulu. Sekarang sudah banyak taman dan penduduk semakin ramai.

Apabila aduan dibuat kpd Jabatan Perparitan Dan Saliran, selalunya jawapan diberi tidak boleh dibuat kerana tidak ada bajet.

Catatan Parlimen
Ustaz Idris Ahmad

Video

Share on Myspace