Mengapa zionis mahu menguasai dunia?

Adlan Mokhtaruddin | .

Soalan ini tidak akan terjawab hanya dengan kajian fakta dan geopolitik semata, bahkan mesti mengkaji hadis akhir zaman yang disebut Ilmu Eskatalogi.

Terlalu bergantung pada info realistik depan mata khuatir kita menyangka hadis akhir zaman tidak relevan dan perancangan yahudi adalah retorik.

Begitu pula perihal membaca hadis akhir zaman, namun gagal membaca geopolitik semasa dan dapatan fakta sokongan, akan menjadikannya terawang-awang bahkan sampai peringkat paranoid. Tengok nasi lemak pun terbayang Dajjal.

Baca hadis akhir zaman, diserasikan dengan peristiwa zaman ini sepatutnya;

1. Menambah keinsafan bahawa Qiamat terlalu dekat.

2. Cuba mengelakkan dan mencegah kerosakan semampu kita.

3. Menambah keimanan perkara ghaib yang diwahyukan Allah dan sabdaan Baginda SAW bahawa ia akan berlaku pada bila-bila masa.

4. Menjadikan kita menambah amal soleh, melihat kekurangan untuk diperbaiki bersama.

5. Memahami bahawa musuh tidak akan berhenti merosakkan umat Islam dengan tipu daya yang dahysat.

6. Tidak memandang rendah kekuatan musuh, apatah lagi menambah parah kelemahan umat Islam.

Dan macam-macam lagi yang kita boleh hayati bersama. Setakat pembacaan dan perkongsian singkat bersama teman-teman yang dimuliakan Allah. (ulamasedunia.org)

Penulis merupakan tenaga pengajar di Maahad Tanwiriah, Johor dan juga merupakan bekas penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Share on Myspace