Berpolitik tanpa ideologi hampir mustahil

AHMAD HAKIMI OTHMAN | .

Berpolitik tanpa ideologi adalah hampir mustahil. Ideologi itu pula boleh difahamkan sebagai falsafah asas dalam berpolitik. Falsafah yang menjadi tunjang ideologi moden politik hari ini melahirkan corak politik dan undang-undang hari ini.

Politik yang berfalsafah politik ekonomi kapitalisme, menatijahkan undang-undang negara yang menguntungkan kebanyakan kaum pemodal. Akhirnya, sampai suatu masa, sumber dan ekonomi dikaut golongan tertentu melalui polisi-polisi politik tertentu. Di akhir cerita, akan menghadapi kemusnahan jua seperti ekonomi Amerika.

Politik berasaskan politik ekonomi sosialisme/kapitalisme, menatijahkan undang-undang negara yang memiliknegarakan semua harta-harta dan aset awam. Sehingga kebebasan seolah-olah tersekat dan dibataskan. Kemuncaknya, berlaku pula kediktatoran kepada pemerintahan politik negara. Runtuhnya jua seperti Soviet Union atau USSR.

Politik berasaskan fahaman liberalisme pula cuba menggabungkan kesemuanya. Seperti yang diimpikan oleh Francis Fukuyama dalam magnus opusnya, The End History Of Men. Yang menegaskan sistem akhir politik dunia adalah Liberal Demokrasi. Namun, Liberal Demokrasi yang dicanangkan itu hanya utopia yang tersangat mudah dieksploitasi dengan sumber-sumber dunia dan dikawal pula oleh sekumpulan elitis global melalui tangan tangan ghaib yang sudah memegang segala apparatus untuk mengawal Demokrasi Liberal.

Falsafah ideologi boleh hidup tanpa politik. Tetapi politik tanpa ideologi adalah hampir mustahil.

Maka, sebagai orang yang menganggap Islam sebuah sistem syumul untuk semua. Kita patut tahu keadaan ini. Apa-apa tindakan politik oleh pengamal politik tidak akan terlepas dari pengaruh ideologi di atas.

Share on Myspace