Usul rakyat

NASRUDIN HASSAN | .

Jawatankuasa Kongres Rakyat yang bermesyuarat kali ke-2 pada 21 Ogos 2015 telah bersetuju bahawa Kongres Rakyat dibuka ruang seluasnya kepada penyertaan umum terutama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat di pelbagai peringkat termasuk persatuan petani, pekebun kecil, pekerja kilang, nelayan, peneroka Felda, penoreh getah, orang asal, OKU, mahasiswa, aktivis sosial, tokoh akademik, tokoh politik dan sebagainya untuk berpartisipasi dalam Kongres Rakyat yang akan berlangsung seperti maklumat berikut:

Nama: Kongres Rakyat
Tarikh: 12 Sept 2015
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 am - 5.30 pm
Tempat: Auditorium Dewan Jubli Perak
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (Bangunan SUK) Shah Alam Selangor darul Ehsan.

Share on Myspace