Kerajaan wajar iktiraf Jabatan Amal Malaysia

NASRUDIN HASSAN | .

MERUJUK kepada precedent yang telah dilakukan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Perak memberi pingat dan pengiktirafan kepada Allahyarham Dr Burhanudin Al Helmy meskipun Allahyarham adalah mantan pimpinan PAS.

Apakah Kerajaan boleh melakukan langkah serupa dengan memberi pengiktirafan kepada Jabatan Amal Malaysia di bawah Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam banyak operasi sama ada melibatkan operasi bencana alam dan sebagainya.

Jabatan Amal Malaysia adalah sukarelawan yang aktif dan sering sampai dulu ke tempat musibah atau bencana seperti banjir, tanah runtuh dan lainnya. Terbaru kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak. Mereka konsisten membantu pihak yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik dan kaum.

Saya ingin mendapatkan pandangan pihak kementerian atau kerajaan adakah Jabatan Amal  Malaysia boleh diiktiraf sebagai salah satu NGO sukarelawan negara kerana jasanya, kekuatannya di seluruh negara. Justeru pengiktirafannya, akan membawa Jabatan Amal Malaysia ini berfungsi lebih jauh. – HARAKAHDAILY 4/11/2015

Perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa. Kementerian Dalam Negeri, Butiran 080000 Jabatan Sukarelawan Malaysia oleh Ahli Parlimen Temerloh.

Share on Myspace