Kes diselesaikan di luar mahkamah

NASRUDIN HASSAN | .

Catatan Dari Mahkamah Tinggi Georgetown

1. Sekitar jam 9.30 am saya tiba di Mahkamah Tinggi Georgetown, saya terus dipanggil oleh pihak peguam saya untuk memaklumkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak plaintif dengan menuntut supaya saya meminta maaf kepada plaintif.

2. Beberapa masa diambil untuk saya berbincang dengan pihak peguam saya, juga mengambil kira pandangan dari kedua-dua pihak, akhirnya saya mengambil keputusan untuk solat dua rakaat bagi memohon petunjuk Allah swt.

3. Jam 10.20 am saya membuat keputusan bahawa saya tidak akan memohon maaf dan mengarahkan peguam saya agar proceed untuk melalui perbicaraan kes saman yang berkait dengan penulisan saya bertajuk Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel? pada tarikh 6 Ogos 2014.

4. Jam 10.30 am, sekali lagi saya dipanggil untuk selesaikan kes sebagai rundingan di luar mahkamah di kamar hakim secara mediasi (satu proses runding cara dengan tujuan penyelesaian di luar mahkamah bagi kes-kes sivil), namun saya tetap menegaskan bahawa saya tidak akan memohon maaf kerana penulisan saya tidak bermaksud memfitnah plaintif.

5. Rundingan diteruskan lagi dan Jam 11.05 am, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian menerusi rundingan diluar mahkamah itu tanpa saya memohon maaf dan tidak memanjangkan kes serta menarik balik pada sebahagian point dari artikel saya yang menimbulkan salah faham seperti yang disiar dalam facebook saya pada 6 Ogos 2014.

6. Pada jam 11.30 am, Hakim memutuskan penyelesaian kes dicapai di luar mahkamah dengan memerintahkan kos mahkamah sebanyak RM10K. - HARAKAHDAILY 18/1/2016

Share on Myspace