Fitnah tercela

NASRUDIN HASSAN | .

Bertalu-talu saya dihubungi oleh media hari ini untuk mendapatkan penjelasan saya mengenai satu fitnah yang berlegar di media sosial kononnya saya menonton filem lucah semasa lawatan kerja ahli parlimen ke Jerman dua tahun yang lalu (2014).

Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman. Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah.

Saya sendiri tidak tahu siapa yang menyebarkan fitnah sedemikian rupa dan apakah motif mereka mensasarkan saya. Tegasnya saya enggan melayan permainan "pihak tertentu" ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya.

Kepada Allah swt saya berdoa dan kepada Allah swt jua kembali segala urusan.

Sekian. - HARAKAHDAILY 13/2/2016

Share on Myspace