Infaq fi sabilillah

NASRUDIN HASSAN | .

Taujihul Haraki. 04
Min Raudhati Ramadhan

1. Ramadhan adalah kesempatan terbaik untuk kita melipatgandakan amal kebajikan. Antaranya ialah infaq fi sabilillah atau bersedekah dan membelanjakan harta di jalan Allah SWT.

2. Inilah amalan Nabi kita Muhammad SAW. Dari Abdullah ibn Abbas rhma katanya:

كَانَ النَّبيُ صلَّى اللهُ عليه وسلمَ أَجْوَدَ النَّاس، وأَجْوَدَ ما يكونُ في رمضانَ، حِيْنَ يَلْقاهُ جِبريل، وكانَ جِبريلُ عليهِ السلام يَلْقاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رمضانَ فَيُدارِسُهُ القرآن، فَلِرَسُول اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحَ اْلمُرْسَلَة

Adalah Nabi SAW orang yang paling dermawan dari kalangan manusia. Ia lebih dermawan di bulan Ramadhan detik Baginda SAW bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus. (Riwayat Imam Bukhari)

3. Siapa lagi qudwah dan uswah bagi pejuang Islam jika tidak Nabi kita Muhammad SAW. Terlalu banyak kelebihan infaq dan sedekah ini. Selain daripada ia memulangkan pahala kepada pelakunya, ia juga membina sebuah hubungan masyarakat yang baik dan harmonis.

4. Malah aktiviti infaq fi sabilillah ini juga memakmurkan aktiviti amal Islami yang digerakkan oleh Gerakan Islam dan pastinya ia sangat penting untuk menyemarakkan syiar Islam dan memartabatkan syariatnya.

5. Usah ragu lagi pada kelebihan mengeluarkan infaq fi sabilillah. Justeru ia suatu yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Ada sedikit maka infaqlah sedikit. Ada banyak maka infaqlah sebanyak yang boleh. Firman Allah SWT:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh lalu menerbitkan tujuh tangkai, kemudian setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Luas pengetahuanNya. (Surah Al Baqarah: 261)

Nasrudin Hassan
Musolla Ar Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah

Share on Myspace