Masa depan milik Islam

NASRUDIN HASSAN | .

Sunnah perjuangan Islam ini getir dan sukar. Tiada jalan mudah dan singkat untuk menang. Memerlukan nusrah daripada Allah swt, jiwa yang tabah, fizikal yang kuat dan sikap yang optimis terhadap masa depan Islam yang diperjuangkan.

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

Berapa ramai Dari para nabi terdahulu telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-yang taat kepada Allah swt, mereka tidak rasa hina terhadap musibah yang menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka tidak rasa lemah semangat dan tidak pula tunduk (kepada musuh). Dan Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. (Surah Aali Imran: 146)

Masa depan Islam sangat cerah dengan pertolongan Allah swt dan kemenangan yang hampir. Teruskan langkah perjuangan dengan mematuhi akhlak dan disiplin berjamaah. Usah ragu dengan hala tuju perjuangan ini dan jangan risau dengan ancaman lawan.

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang beriman. (Surah As Saff: 13)

Share on Myspace