Aku tidak peduli

NASRUDIN HASSAN | .

Taujihul Haraki 14
Min Raudhati Ramadhan

1. Ramadhan al-Mubarak banyak mendidik kita menjadi pejuang yang tabah mendepani aneka cabaran dan sabar menyerap tekanan. Mendidik rohani agar dekat dengan Allah swt. Membina jiwa supaya thabat di atas manhaj perjuangan Islam.

2. Didikan ini sangat mustahak dihayati dan diambil oleh setiap dari kalangan kita lantaran perjuangan Islam ini sarat dengan ujian dan cabaran yang berat. Kita perlu kuat dan tabah dalam memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini.

3. Tentu sahaja perjalanan sejarah perjuangan Islam yang diasaskan oleh Baginda Rasul SAW jelas mempamerkan tahap ujian yang dihadapi oleh Baginda SAW dan para sahabat Rhm. Lebih menakjubkan ialah bagaimana kekentalan jiwa dan mental mereka menghadapi pahit getir perjuangan.

4. Saksikan penegasan Rasulullah SAW:

وَاللهِ لَوْ وَضَعُوا الشَّمْسَ في يَمِيْنِى وَاْلقَمَرَ فِي يَسَارِي على أَنْ أَتْرُكَ هٰذا اْلأَمْر حتى يُظْهِرَهُ الله، أَوْ أَهْلَكَ فِيْهِ مَا تَرَكْتُهُ.

Demi Allah jika mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan perjuangan Islam ini, nescaya tidak akan ku tinggalkan sehinggalah Allah swt memenangkan Islam atau aku mati binasa kerananya.

Feqhul Harakah Min Sirah An Nabawiyah
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

5. Peristiwa hijrah Nabi SAW ke Taif juga dapat menyaksikan bagaimana Nabi SAW mengungkapkan berat beban yang terpaksa digalas seraya menunjukkan sikap yang hebat dalam menanggung bebanan perjuangan ini.

"اللّهُمّ إلَيْك أَشْكُو ضَعْفَ قُوّتِي ، وَقِلّةَ حِيلَتِي ، وَهَوَانِي عَلَى النّاسِ، يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِينَ ! أَنْتَ رَبّ الْمُسْتَضْعَفِينَ وَأَنْتَ رَبّي ، إلَى مَنْ تَكِلُنِي ؟ إلَى بَعِيدٍ يَتَجَهّمُنِي ؟ أَمْ إلَى عَدُوّ مَلّكْتَهُ أَمْرِي ؟ إنْ لَمْ يَكُنْ بِك عَلَيّ غَضَبٌ فَلَا أُبَالِي ، وَلَكِنّ عَافِيَتَك هِيَ أَوْسَعُ لِي ، أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِك الّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظّلُمَاتُ وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدّنْيَا وَالْآخِرَةِ مِنْ أَنْ تُنْزِلَ بِي غَضَبَك ، أَوْ يَحِلّ عَلَيّ سُخْطُكَ، لَك الْعُتْبَى حَتّى تَرْضَى ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوّةَ إلّا بِك"

Ya Allah! Aku mengadu betapa lemahnya kekuatanku, sedikitnya helahku dan betapa hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang! Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku.

Kepada siapa Engkau nak serahkan diriku ini? Kepada orang jauh yang senantisa menyerangku atau kepada musuh yang sering menguasai urusanku?

Jika tiada kemurkaanMu ke atas diriku, aku tidak peduli! Akan tetapi naungan kesejahteraan-Mu terlebih aku harapkan. Aku berlindung dengan cahaya keredhaan-Mu yang telah menerangi kegelapan.

Sirah An Nabawiyah Ibn Hisyam

Nasrudin Hassan
Musolla Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah - HARAKAHDAILY 20/6/2016

Share on Myspace