Bajet 2017: Pandangan saya

NASRUDIN HASSAN | .

Sekali Serban Dililit. 55
Bajet 2017: Pandangan Saya

1. Bajet yang dibuat berasaskan perbelanjaan sehingga melebihi pendapatan adalah tidak baik untuk mendepani lanskap ekonomi dan kewangan dalam negeri dan antarabangsa yang mencabar pada hari ini.

2. Sepatutnya ia dibuat berasaskan pendapatan agar lebih berdaya tahan dan berdaya saing.

3. Defisit berjumlah RM41.1 bilion ini adalah 18.7% daripada pendapatan dan merupakan tahun ke-20 berturut-turut defisit sejak 1998.

4. Bukan subsidi menyebabkan ketirisan, tetapi rasuah dan salah lakulah yang menyebabkan ketirisan berlaku.

5. Perlu ada suatu majlis hisbah bajet negara yang akan memantau perjalanan sepanjang kerajaan menggunakan wang seperti yang dibentang. Bukan sahaja memantau daripada berlaku rasuah, salah laku, tetapi juga masalah ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan. Majlis ini bersifat complement kepada Jabatan Audit Negara.

6. Golongan B40 perlu ditangani secara lebih berfokus. Kerana menangani golongan miskin, miskin tegar tidak sama dengan golongan kemiskinan relatif. Begitu juga lapisan lain yang ada di dalam golongan B40.

7. Bagi kelompok Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEs) tidak cukup sekadar pemberian funding, ia perlu disusuli dengan sistem coaching dalam marketing plan, managing business dan sebagainya supaya daya saing SMEs sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

8. Tidak nampak secara jelas apa perancangan kerajaan terhadap pembangunan human capital dalam bidang pendidikan.

9. Kerajaan selayaknya kembalikan pembiayaan tetap perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat yang dirampas oleh Tun Dr Mahathir pada zaman pemerintahannya. Bukan hanya terpilih kepada sekolah bantuan kerajaan sahaja.

10. Bajet 2017 dicemari dengan elemen kempen dan promosi parti yang berlebihan sedang bajet ini adalah belanjawan negara atau kerajaan bukan belanjawan parti yang memerintah. - HARAKAHDAILY 22/10/2016

Share on Myspace