Nilai agama

NASRUDIN HASSAN | .

1. Perjalanan hidup ini bagai sebuah permusafiran di alam buana. Bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi mencari sesuatu yang menjadi keperluan diri. Kadangkala perlu bergelut, berjuang dan bertempur bagi mendapatkan keperluan tersebut.

2. Nelayan di laut bersabung nyawa dengan badai dan gelombang kerana mahu mendapatkan ikan. Petani berselut lumpur di terik mentari kerana mahu mendapatkan padi. Begitulah resam hidup yang juga merupakan sebuah perjuangan.

3. Suatu yang lebih bernilai dari segalanya ialah agama. Jauh lebih nilai berbanding ikan dan padi. Jika kerana ikan dan padi kita sanggup bersabung, bergelut dan berjuang untuk mendapatkannya, kenapa tidak kepada agama.

4. Justeru agama memiliki nilai yang tiada tarikh luput malah terpakai hingga hari akhirat, satu destinasi yang pasti kita akan sampai padanya. Tanpa agama hidup terumbang ambing dan masa depan musnah binasa.

5. Bangkitlah rakan semua untuk tindakan sekurang-kurangnya 2 perkara:

i) Luaskan wilayah dakwah Islam

ii) Pertahankan syariat Islam dan syiarnya

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Surah At Taubah: 41)

Share on Myspace