Jom kita berusrah

Pimpinan
Typography

USRAH merupakan nizam tarbiah yang penting. Ini bukan bererti program lain tidak penting.  Nizam tarbiah PAS yang lain seperti tamrin, mukhayam, liqa’ al fikri, daurah tadribiah, qiamullail, majlis ilmu, jaulah. Tetapi teras nizam tarbiah ialah usrah. Oleh itu jangan abaikan usrah jika hendak jamaah mantap.

Cuba perhati di cawangan PAS yang laksanakan usrah, ahlinya  berakhlak, senang menerima arahan, ahli bertambah, pembahagian kerja tidak terbeban kepada seorang, perkaderan lebih tersususun, kewangan kukuh, ukhwah hebat , fikrah tidak celaru,  maklumat semasa tepat, kerja pilihan raya lancar, perjalanan PASTI teratur. Buatkan perbandingan dengan  cawangan yang tidak ada usrah, tentu ada perbezaan.

Jom, kita mulakan usrah bagi yang tiada  usrah. Yang sudah ada usrah, perkemaskan lagi supaya nampak lebih kemas. Kejutkan ahli dan pimpinan untuk buat usrah. Saudara akan rasa perbezaannya apabila sudah mengikuti usrah. Tidak percaya boleh cuba.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
19 Julai 2019 - HARAKAHDAILY 19/7/2019