600 terima baucer 'back to school' Dun Gombak Setia

HARAKAHDAILY | .

GOMBAK: Seramai 600 kanak-kanak di Dun Gombak Setia telah menerima baucer "Back to School" dari Kerajaan Negeri Selangor dalam program "Merakyat Ekonomi Selangor".

Bagi Dun Gombak Setia, serahan kupon bernilai RM50 dan barangan keperluan lain diserahkan mengikut zon-zon di kawasan Dun Gombak Setia.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata program "Back to School" adalah salah satu usaha kerajaan negeri membantu rakyat termiskin di Selangor meringankan beban ibu bapa menyediakan keperluan sekolah anak-anak.

Beliau berucap demikian dalam Program Gunting Rambut Percuma dan sumbangan "Back to School" anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dan Kelab Remaja Masjid Rahimah Greenwood.

Katanya, pendekatan di Dun itu adalah dengan mengagihkan kupon mengikut kawasan-kawasan zon sebagai pendekatan turun terus ke lapangan bertemu dengan ibu bapa dan anak-anak bagi mengeratkan pimpinan setempat dengan Adun.

Tambahnya, ia juga boleh mengurangkan kos perjalanan dan memudahkan urusan ibu bapa penerima bagi mendapatkan baucer "Back to School".

Hasbullah juga berharap dengan kedatangan tahun 2017 warga Gombak harus bersama tekad mempertahankan kebaikan yang telah dibina dan meruntuhkan sisa-sisa kebobrokan yang masih ada agar kemakmuran dan keberkatan akan dapat dikecapi pada 2017 ini. - HARAKAHDAILY 1/1/2017

Share on Myspace