MTD Pengkalan Berangan bantu mangsa banjir

AHMAD FAIZAL | .

MARANG: Kampung Kubu antara kampung yang teruk terjejas akibat banjir. Hujan yang turun bermula tengah malam Jumaat lalu dengan kadar yang agak luar biasa telah mengakibatkan beberapa jalan utama dan beberapa buah kampung  telah dinaiki air dan mengakibatkan banjir di sekitar Pengkalan Berangan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN  Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong (Gambar atas: Baju T merah) turun meninjau keadaan dan menyampaikan bantuan segera kepada mangsa banjir di dua penempatan sementara di Kubu.

Ustaz Sulaiman kemudiannya berkesempatan bertanya kabar  dan menyantuni beberapa keluarga di Kg Bukit Kecil dan Tok Fakir yang masih belum berpindah dari kediaman yang mula dinaiki air dan menasihatkan agar berpindah sekiranya keadaan mendesak.

“Saya menasihatkan agar penduduk di kampung berkenaan segera berpindah dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa,” ujar beliau ketika ditemui di selepas kunjungan di Kampung Tok Fakir.

“Beliau juga menasihati penduduk agar menjaga keselamatan dan kesihatan pada musim banjir agar terhindar dari wabak penyakit bawaan yang sering berlaku dimusim banjir,” tambah beliau lagi.

Kunjungan beliau di dua tempat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Kubu dan Balairaya Tanah Lot, Kubu disambut baik oleh penyelaras penempatan sementara banjir dan mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 2/1/2017

Foto: Lensa Kalangwangan Team

Share on Myspace