Manfaatkan ilmu kewartawanan

BULETIN ONLINE | .

BESUT: Para peserta ‘Bengkel Media’ diharap dapat memanfaatkan ilmu kewartawanan yang diperolehi sepanjang bengkel tersebut di lapangan masing-masing.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Syukri Wan Isa berkata bengkel tersebut dianjurkan untuk memperkasakan jentera menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Besar harapan (saya) sekiranya para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel tersebut di lapangan masing-masing,.

“Kalau boleh, selepas bengkel ni, banyak berita dari Besut di Buletin Online, Harakah di Besut ni, banyak isu besar tapi tidak didedahkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kita berucap pada majlis perasmian bengkel itu yang telah diadakan di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, dekat sini pada Sabtu.

Turut hadir dan merasmikan program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

Menurut Utaz Wan Syukri, bengkel itu yang diadakan dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu adalah julung-julung kali seumpamanya diadakan di kawasan Besut.

Dalam program sehari suntuk itu, peserta telah didedahkan dengan pengisian yang bermanfaat seperti Asas Penulisan Berita, Panduan Kewartawanan Fotografi, Dan Komunikasi Media.

Seramai 20 orang peserta yang mewakili keempat-empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Besut hadir dalam bengkel itu.

Share on Myspace