Pemuda PAS Kota Bharu anjur program isi minyak percuma

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Sebanyak 200 buah motosikal menikmati minyak secara percuma di Petronas Bunut Payong semalam.
 
Program berkenaan anjuran Dewan Pemuda PAS Kota Bharu dengan kerjasama Alternative Riding Club (ARC Kota Bharu).
 
Program itu telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi pagi tadi.
 
Pengarah program, Muhammad Ridzwan Hafizu bin Azhari berkata, program itu diadakan bertujuan untuk meringankan beban anak muda yang bermotosikal ke tempat kerja.
 
Menurutnya, berikutan kenaikan harga minyak awal awal Januari dan Februari lalu, pihaknya bersimpati terhadap nasib rakyat yang terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga bahan api itu.
 
“Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan bebanan pengguna motosikal yang terkesan dengan kenaikan harga minyak,”katanya lagi.
 
Pada program tersebut, jelasnya ARC Kota Bharu turut mengedarkan kalendar dan sticker RUU 355 kepada peserta sebagai simbolik sokongan terhadap pemerkasaan undang-undang Syariah Negeri Kelantan yang akan dibentangkan  Mac depan.
 
Menurutnya, ARC Kota Bharu memberi sokongan penuh pemerkasaan undang-undang tersebut.
 
“Sebagai tanda sokongan, ARC Kota Bharu dan ARC Negeri Kelantan akan berkonvoi dengan motosikal beramai-ramai ke Perhimpunan 355 di Kuala Lumpur pada 18 Februari depan,” ujarnya.
 
Sementara itu, selebriti dakwah itu (Nor Azariza) mengisi sendiri motosikal yang sebahagian besarnya milik anak muda sebelum keluar bekerja pagi tadi. – HARAKAHDAILY 8/2/2017

Share on Myspace