Hari Malapetaka (1 April 2015)

IRFAN ES | .

Hari Malapetaka
(1 April 2015)

Hari malapetaka pun tiba
apabila penguasa merampas dari rakyat jelata
untuk menutup lubang-lubang
skandal dan korupsi
pembaziran tiada henti.

Sang tirani tidak peduli 6 peratus tambahan
cukai barangan dan perkhidmatan
kerana baginya setiap harga sekecil kuman
seperti nilai janji pilihan raya
yang sampai kini tidak terkota.

Ingatilah, ingati hari ini
waktu segala janji dimungkiri
waktu penguasa jadi pencuri
dan sengsara yang kita alami
bertambah lagi.

Irfan ES, Mac 2015