Warga Felda di alaf GST

NARAZA MUDA | .

Masyarakat Felda terutama peneroka seolah-olah tiada kisah dengan perkembangan terbaru sistem percukaian negara yang berkuat kuasa 1 April. Mereka seperti biasa meneliti tajuk di dada akbar, terutamanya Utusan Malaysia di kerusi “malas” dan menyandar lega di warung-warung. Menariknya berita utama hari ini menggambarkan GST rahmat besar untuk rakyat.

Berbeza dengan golongan anak generasi peneroka, mereka rancak menyantuni isu negara ini. Berbagai tangggapan negatif kedengaran dalam kerancakan pidato pagi mereka. Maklumlah mereka terdedah dengan viral di media sosial saban waktu dikongsi di FB dan WhatsApp.

Apa yang menariknya mereka boleh lupakan seketika masalah mereka sendiri. Hutang ratusan ribu yang bakal mereka warisi dari orang tua mereka hasil tranformasi Felda yang diperkenalkan Perdana Menteri semasa mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Harga semasa saham Felda Global Venture (FGV) yang ditutup rendah lebih rendah dari harga IPO. Penyusutanya telah melepasi 50%. Jika di pasaran New York urusniaga syarikat yang disenaraikan di bursa saham mereka akan dihentikan, jika penyusutan harga melepasi 30% harga tawarannya. Ini yang disebut oleh Dr. Rosli Yaakop, bekas pegawai Bank Negara.

Warga peneroka ini juga tiada kisah dengan kejatuhan keuntungan sebelum cukai FGV yang telah mencatatkan kejatuhan 27%  dalam tempuh dua tahun. Pada tahun 2012, keuntungan sebelum cukai menurun 47% daripada RM1.9 bilion kepada RM1.1 bilion. Bagi tahun 2013, ia meningkat 28% kepda RM1.5 bilion. Pada tahun 2014, ini jatuh 47% kepada RM813.2 juta.

Bagi mereka yang penting Felda tidak halau mereka, mereka masih tersenyum walau senyuman terpaksa. Melihat tren harga semasa buah tandan segar (BTS) yang merundum sepatutnya mereka merasa tercabar, apa tidaknya, ini pastinya akan memberi kesan langsung kepada mereka.

Bagi sebahagian peneroka yang menyerahkan urusan ladang mereka kepada Felda Tecnoplant, mereka boleh berpura senyum dengan pendapatan bulanan mereka sekitar RM1,300 sebulan walalaupun hasil BTS mereka tidak sampai 1 tan metrik sebulan. Namum mereka terlupa hutang yang bakal mereka tanggung nanti.

Mereka tiada ambil kisah apabila sebahagian dari rakan peneroka telah dizalimi dan dinafikan hak. Julai 2014, beberapa siri pendedahan bahawa lembaga pengarah FGV telah bertindak menafikan diveden kepada peneroka Felda yang telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat perladang terbesar negara ini.

Perdana Menteri sendiri mengumunkan bantuan hari raya dan dividen yang dijanjikan kepada peneroka Felda. Tetapi pihak pengurusan cuba menfikan hak sebahagian penoka. Ekoran dari salah laku ini tujuh tindakan undang-undang telah difailkan oleh 4,458 peneroka seluruh negara.

Apakah GST ini akan terus memberi rahmat kepada warga Felda? Hanya mereka sendiri ada jawapanya. Walaupun Felda kini sudah bagai hilang haknya mereka masih mampu tersenyum. Koperasi permodalan Felda (KPF) satu masa dulu memiliki 51% kepentingan dalam Felda Holdings kini sudah menjadi sebahagian pelabur di dalam FGV.

Nama Felda sudah banyak hilang setelah seluruh operasi Felda dirampas FGV, kini nama 317 buah tanah rancangan Felda ini bakal dijenamakan dengan FGV. Masihkah ada senyuman ini satu hari nanti?

Penulis ialah Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).