Jalan Kuantan - Segamat

IRFAN ES | .

Jalan Kuantan - Segamat

Dua kali pilihan raya umum
pinggir jalan dibersihkan
katanya, untuk membina dua laluan.

Tamat pilihan raya,
terbengkalai segala
ruang yang dibersih naik belukar
jalan sempit tidak bertukar.

Ingatan-ingatan ini muncul di fikiran
sepanjang pemanduan
dalam perbarisan
di belakang lori-lori berat
– dengan kelajuan 60 km sejam –
di Jalan Kuantan – Muadzam - Segamat.

Sambil hati memanjat doa
agar kemalangan jiwa
tidak menimpa.

IRFAN ES
April 2015
Rompin, Pahang

- HARAKAHDAILY 28/4/2015