Nota Demonstrasi

SHAHRIL ANUAR | .

Nota  Demonstrasi

Kami  mengais  sesuap  rezeki,
melanjutkan  hidup  anak  dan  bini,
ditabung  sekupang  dua
andai  berbaki.

Tetapi,
rezeki  kami  harus  dicatu  lagi
atas  nama  GST.

Kami  tak  mengerti
tipu  PRU,  fitnah  lucah,  TPPA,
jet  peribadi,
siapa  main  golf,  siapa  jadi  kedi.

Tidak  juga  memahami
skandal  NFC,  kapal  selam,  Mahkamah  Peranchis,
C4,  cincin  permata
dan  1MDB.

Apatah  lagi  kisah  filem  Hollywod,
duit  pencen,  dana  KWSP,
jet  peribadi,
siapa  bercuti,  siapa  berkenduri.

Lalu,  
di  atas  aspal  ini,
kami  ingin  bertanya:
mengapa  setelah  lelah  berebut,
rezeki  yang  sejemput
harus  juga  diregut?

SHAHRIL  ANUAR
Rawang