Membeli Bendera Sempena Merdeka

IRFAN ES | .

Membeli Bendera Sempena Merdeka

Sempena bulan merdeka
aku singgah di pasar raya
untuk membeli bendera
negara tercinta.

Namun alangkah malang bila kudapati
jalur gemilang pun kena GST
cukai zalim yang kini dibenci.

Sambil mengibar panji-panji
aku terkenang janji-janji
para menteri -
harga barang yang akan turun
kemakmuran sepanjang tahun.

Dan sambil mengibar panji-panji
aku terus tercari-cari
erti merdeka
di mata rakyat jelata
yang mesti menanggung beban sengsara.

IRFAN ES, Ogos 2015