Kota Asing

IDANRADZI | .

KOTA ASING

Kota ini telah amat asing bagiku
tanpa duit aku tak boleh lagi
jejak ke taman temanya
jejak ke kolam mandinya
jejak ke parkirnya
jejak ke taman temanya
jejak ke taman burungnya
mampu jejak ke tandasnya saja.

Apatah lagi semuanya urusan
pun barangan telah berganda
cukai pintu enam bulan RM120
Indah Water enam bulan RM45
insuran kapcai dah naik RM150
nak tengok wayang RM15
nak makan nasi ayam RM5
nak rasa ABC RM3
sebiji kelapa parut RM3
sehelai pucuk gelugur 10sen
ish! tayar kapcai pancit
tukar tiub dah naik RM11.
Dikelirukan lagi dengan GST.

Kota ini telah amat asing bagiku
apatah rakan sekerjaku semakin mengejar duit
sebab hutang bertambah-tambah keliling pinggang
semakin tersangat sibuk urusan masing-masing
tak lagi berani mendail nombor telefon bimbitku
kut berbual panjang hatta kredit habis hangus
tak sempat bersapa pekena teh tarik mamak
semua harga barangan naik mendadak.

Kota ini semakin asing teramat asing
tak siapa nak temankan aku di desa sana
lantaran isteri & anak-anak pun leka
berprasarana di kota puspawarna.

IDANRADZI
Alamanda Putrajaya

- HARAKAHDAILY 12/10/2015