Tahniah JDT

HARAKAHDAILY | .

DACS Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC.

Ia sekali gus mencipta sejarah baru dalam sukan bola sepak tanah air apabila menjadi pasukan pertama berjaya melakukannya.

JDT dijadualkan menentang pasukan Al-Qadsia SC pada 20hb Oktober ini untuk pusingan kedua separuh akhir Piala AFC 2015 namun akibat masalah yang melanda Persatuan Bolasepak Kuwait menyebabkan pasukan-pasukan daripada negara tersebut dihalang oleh badan induk bola sepak dunia iaitu FIFA daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa. Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini. (Fb Johor Southern Tigers: 2015)

Akhir kalam, DACS Selangor menyeru kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air untuk kita bersama-sama dengan pasukan JDT mengharungi cabaran baru ini.

Pasukan JDT telah berjaya menukar landskap bola sepak yang kebelakangan ini begitu teruk sekali kepada satu kuasa baru di rantau Asia. Terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor yang menjadi arkitek dalam mencorakkan pasukan JDT menjadi pasukan yang kuat dan mantap.

Diharapkan pihak FAM dapat membuka mata dan mempelajari sesuatu daripada apa yang telah dilakukan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Ayuh rakyat Malaysia, kita doakan kejayaan pasukan JDT.

Majulah sukan untuk negara.

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor
Dewan Pemuda PAS Selangor. - HARAKAHDAILY 18/10/2015