Tiada Siapa Bersalah

IRFAN ES | .

Tiada Siapa Bersalah
(Mengimbau penghakiman skandal Perwaja Steel, PKFZ, NFC dan sebagainya)

Akhirnya, keputusan pun diucap:
tiada siapa didapati bersalah
berjuta berbilion wang rakyat lesap
tapi tetap, tiada siapa yang bersalah.

Pendakwa raya tidak lagi membuat rayuan
hingga sampai ke Mahkamah Persekutuan;
tidak seperti gigihnya mereka ketika
mahu menghumban Anwar ke penjara.

Dunia di mana tiada siapa yang bersalah
dunia eksklusif milik mereka
kumpulan politikus, kroni dan hartawan
yang kebal dari segala hukuman.


IRFAN ES
November 2015 – HARAKAHDAILY 28/11/2015