Penjajahan British dulu juga bermula perjanjian perdagangan

ALANG IBN SHUKRIMUN | .

KALAU kita perasan, sejarah penjajahan negara berkait rapat dengan strategi perdagangan kuasa besar dunia suatu masa dulu. Ketika itu jalur pax britanica cuba menguasai dunia setelah melalui revolusi pertanian diikuti revolusi industri.

Bagi memperluaskan sumber industri, jalur tersebut menubuhkan Syarikat Hindia Timur untuk masuk ke nusantara ini.

Lama kelamaan, Syarikat Hindia Timur Inggeris yang asalnya masuk atas tujuan ekonomi mula mencampuri polisi-polisi pentadbiran negara.

Akhirnya, berlakulah apa yang dinamakan sebagai kolonialisasi dan tanahair kita dijajah British. Kedaulatan negara tergadai dengan janji-janji manis kemajuan dan pembangunan.

Hari ini, perjanjian perdagangan besar melibatkan negara kita cuba dilakukan semula. Setelah pasaran barat sudah cukup padat melebihi permintaan, ditambah kelembaban dolar dan saingan sengit ekonomi China, mereka cuba mencari ruang-ruang baru di Malaysia melalui TPPA.

Jaga-jaga, ia mungkin sekali langkah awal untuk mewujudkan penjajahan era baru!

Cukuplah pemerintah alam Melayu dahulu saja yang melakukan kesilapan menerima barat atas nama kemajuan.

Walau selemah manapun ekonomi negara hari ini, jangan biarkan kuasa luar cuba mencampuri urusan kita terutama pihak penjenayah perang terbesar seperti Amerika. Mustahil mereka begitu ikhlas mahu menolong negara kita.

Ayuh! Tolak TPPA!! – HARAKAHDAILY 7/12/2015