Dadah itu bala

IDANRADZI | .

Dadah itu bala

Dadah itu sebenarnya adalah bala
amat berbisa membakari rahang dada
sejak lama menghancuri anak bangsa
hilang etika serta budaya hampa.

Dadah itu sebenarnya adalah dosa
amat kontras mencorak ruang minda
sampai bila mahu dijaja era bencana
kabur luntur potret pusaka mulia.

Dadah itu sebenarnya adalah kiamat
amat sesat menyulam arah kurafat
terhenti rahmat tertutup kiblat
terkubur jasad terkapar kudrat.

Dadah itu sebenarnya adalah nanah
teramat pekat hitam memamah parah
tak kenal bangsa memerangkap ummah
terpenjara ihsan sakit berjiwa parah.

Dadah itu sesungguhnya adalah parasit
asalnya sekadar ubat menyembuh sakit
digeruni masyarakat teramat ralit
katakan tidak jangan sekali terbabit.

(Ya Rabb sampai bilakah akan bersihnya
dadah ini di dunia-Mu yang murni ini)

IDANRADZI
Kota Bharu Perak. – HARAKAHDAILY 5/2/2016